top of page

Teknologi Illumina NovaSeq 6000 bantu AGTCGenomics kesan penyakit menerusi analisisgenom pantas

  • Writer: thefxigroup
    thefxigroup
  • Apr 4, 2022
  • 1 min read

Updated: Aug 8

ree

AGTC Genomics Sdn. Bhd. akan menggunakan Illumina NovaSeq 6000sebagai platform terkini yang boleh merevolusikan pengesanan, diagnosis dan rawatan penyakitmelalui analisis genom yang pantas dan cekap.


Pada masa sama, syarikat pembekal perkhidmatan dan penyelesaian genomik itu akanmenggunakan teknologi berkenaan bersama DRAGEN Bio-IT iaitu perisian analisis sekunder yangtepat dan pantas untuk memproses sejumlah besar data jujukan DNA yang tidak diproses olehNovaSeq.


Ketua Pegawai Eksekutif AGTC Genomics, Dr. Chee Onn Leong berkata, dengan penggunaanteknologi baharu itu, pihaknya dapat menyusun lebih 50 genom manusia dalam masa kurangdaripada dua hari.


"Menerusi pengesanan sejumlah besar maklumat genetik mengenai penyakit dalam masasingkat, kami menjangkakan teknologi ini akan dapat meningkatkan kadar pengesanan, diagnosisdan rawatan penyakit dengan lebih pantas.


"Teknologi itu berpotensi menyelamatkan lebih banyak nyawa rakyat Malaysia dan kami berbesarhati kerana berjaya membawa teknologi berkenaan ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan,hari ini.


Penggunaan teknologi NovaSeq6000 dijangka meningkatkan bilangan sampel jujukan secaradrastik dan mengurangkan kos perubatan selain membolehkan penyelidik dan pakar membacaserta mentafsir maklumat genetik dengan lebih cepat. Maklumat itu kemudiannya boleh digunakan untuk diagnosis penyakit atau untuk membantumencari rawatan terbaik untuk menyasarkan sel kanser pada pesakit.

Sementara itu, Ketua Strategi Komersial Global dan Pengurus Besar illumina Asia Pasifik danJepun, Gretchen Weightman berkata, penggunaan teknologi genomik dan penyediaan ubat yangtepat adalah keperluan yang sangat penting untuk semua.

"Kami berbangga dengan dedikasi AGTC Genomics dalam meningkatkan keupayaan danmengubah penjagaan kesihatan di Malaysia," katanya.


 
 
 

Comments


Commenting on this post isn't available anymore. Contact the site owner for more info.
bottom of page